Sign In
Web Creator

Isnin, 29 Ogos 2016 –Sidang Media Mengenai Mengemaskinikan Maklumat Hartanah Di Kawasan-Kawasan Lembaga-Lembaga Bandaran Di Negara Brunei Darussalam Bermula Dari 1 Ogos 2016 Sehingga 31 Mac 2017

PID.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 29 Ogos 2016 – Sidang media mengenai mengemaskini maklumat hartanah di kawasan-kawasan Lembaga-Lembaga Bandaran di Negara Brunei Darussalam bermula dari 1 Ogos 2016 sehingga 31 Mac 2017, telah diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Sidang Media tersebut ialah menerangkan matlamat projek pengemaskinian Property Inventory Database iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan-Jabatan Bandaran sedang melaksanakan projek kerja-kerja pengumpulan data hartanah (Property Inventory Database – PID) dalam kawasan Lembaga-Lembaga Bandaran  bertujuan bagi mengemaskini maklumat data hartanah untuk penyediaan pengkalan data hartanah (database), agar lebih teratur, bersistematik dan terkini.

Kerja-kerja dilapangan bagi projek ini dilaksanakan bermula 1 Ogos 2016 hingga 31 Mac 2017. Dalam tempoh tersebut, pengumpul data yang dilantik akan membuat notis perjanjian dengan pemilik-pemilik hartanah seterusnya memasuki, memeriksa dan mengukur mana-mana rumah, bangunan atau hartanah di kawasan-kawasan dibawah kawalan Lembaga-Lembaga Bandaran di Negara Brunei Darussalam pada tarikh yang ditentukan.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, memohon agar pemilik-pemilik Hartanah memberikan kerjasama sepanjang tempoh kerja-kerja pengumpulan data Hartanah dijalankan.

Sukacitanya Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri memaklumkan kepada orang ramai terutamanya pemilik-pemilik hartanah mahupun penghuni-penghuni hartanah yang terlibat bahawa pengumpul data yang dilantik boleh dikenalpasti kerana mereka memiliki kad pengenalan diri dan juga memakai pakaian seragam yang dikhususkan bagi projek ini.

Sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah merujuk perkara ini di talian +6732232225 (Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri), +6732244151 (Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan), +6733337081 (Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria), dan +6734221232 (Jabatan Bandaran Tutong) semasa waktu pejabat (Isnin hingga Khamis & Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan jam 1.30 petang hingga 4.30 petang.

​ Sidang Media juga diteruskan dengan taklimat penerangan mengenai projek tersebut yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Rasidah Binti Haji Ghani, Pegawai Bandaran selaku Pengurus Projek, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Created at 10/08/2022 11:03 PG by Nusratina Binti Hj Md Daud
Last modified at 10/08/2022 11:03 PG by Nusratina Binti Hj Md Daud
Berita Terkini //